Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat British atas pemergian Putera Philip.<br /><br />Jelas beliau, antara sumbangan Duke Edinburgh semasa hayatnya termasuk penubuhan anugerah antarabangsa Duke of Edinburgh, yang memberi kesan positif kepada jutaan anak muda di seluruh dunia.